Sunday, December 23, 2012
INFO PENTING: SATU PERINGATAN UNTUK INSAN BERGELAR PEREMPUAN
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang
kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsatidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali terutamanye emak, adik beradik, saudara mara, teman wanita, dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
SUMBER: Azila Bakri, Social Worker, All Women's Action Society (AWAM)
PESANAN: BERITAKANLAH KEPADA PELAJAR2/ANAK2/ADIK2/KAKAK2/SIAPA SAHAJA YANG BERKAIT DENGAN ANDA, LELAKI DAN PEREMPUAN, SEBAGAI ASPEK THE REAL HUMAN DEVELOPMENT
Friday, December 21, 2012
Hal-Ehwal Ibu Bapa: Panduan Membesarkan Anak Remaja Belasan Tahun
Menjadi
seorang ibu atau bapa adalah satu cabaran hidup (dan ganjaran) yang
terbesar. Tetapi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin mempunyai
tugas yang paling sukar di antara ibu bapa lain. Zaman remaja adalah
satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa, daripada
bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana
membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Ia boleh jadi
satu peralihan yang sukar bagi remaja itu sendiri dan juga ibu bapa
mereka, terutamany dalam masyarakat di mana orang muda setiap hari
berhadapan dengan risiko serius yang berkaitan dengan seks, keganasan,
penyalahgunaan dadah, alcohol, merokok dan gagal dalam pelajaran –
risiko-risiko yang biasanya adalah berkaitan antara satu sama lain. Oleh
kerana pelbagai risiko yang dihadapi oleh remaja berkait rapat antara
satu sama lain, begitu jugalah jalan penyelesaiannya.
Adalah
mudah bagi ibu bapa remaja untuk percaya bahawa pengaruh mereka
terhadap anak-anak remaja mereka telah lupus sebaik sahaja mereka
mencecah zaman remaja. Rakan-rakan dan media nampaknya lebih berkuasa.
Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas: ibu bapa adalah
penting dalam kehidupan remaja. Remaja belasan tahun memerlukan
sokongan, panduan, dan perhatian daripada ibu bapa mereka sepertimana
kanak-kanak juga. Dan remaja sendiri mengatakan bahawa mereka mahu
mendengar apakah cabaran yang dihadapi oleh orang dewasa, walaupun
mereka tidak selalunya berlagak seperti demikian.
Walaupun
setiap satu daripada organisasi yang telah membantu menubuhkan
penerbitan ini mempunyai focus yang berlainan, kami menawarkan banyak
mesej yang sama kepada ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan dalam
mengembangkan bakat dan kemahiran anak-anak mereka dan memandu mereka ke
arah pembesaran yang sihat. Ibu bapa juga boleh membentuk komuniti di
mana anak-anak mereka membesar. Sama ada anda bimbang mengenai tabiat
minum arak, penyalahgunaan dadah, keganasan, masalah di sekolah,
merokok, atau seks (atau kesemuanya sekali), nasihat terbaik bagi ibu
bapa adalah sama: teruslah mempunyai hubungan yang rapat dengan
anak-anak remaja anda. Idea-idea di bawah boleh membantu ibu bapa
membuat perubahan dalam kehidupan anak-anak remaja mereka.
Luangkan Masa Dengan Anak-Anak Dan Remaja Anda.
Luangkanlah
masa dengan anak-anak anda dengan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsilah
pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra yang berasaskan
kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi pada
masa depan. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang
terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam
kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak
anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah.
Membaca, menonton TV atau wayang, dan layarilah Internet bersama-sama.
Bersenam atau bersukan sebagai sebuah keluarga. Libatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti kemasyarakatn bersama-sama anak-anak anda.
Bantu Anak Remaja Mendapatkan Keyakinan Diri.
Keyakinan
diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak
anda peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan
keyakinan diri. Pujilah mereka atas tugas-tugas yang mereka selesaikan
dengan baik, galakkan perkara-perkara positif dan tekankan
perkara-perkara yang dilakukan dengan baik oleh anak-anak anda. Jika
mereka ketinggalan atau cuai, cadangkan cara-cara untuk memperbaiki
diri; jangan mengkritik. Kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan
mereka berkelakuan baik, bukannya ketakutan atau keaiban.
Galakkan Anak-Anak Remaja Anda Untuk Melibatkan Diri Dalam Aktiviti-aktiviti yang Menyeronokkan, Selamat dan Memuaskan.
Bantulah
anak-anak anda mengenalpasti kelebihan, bakat dan minat mereka dan
untuk mencari peluang di mana perkara-perkara ini boleh dikembangkan.
Galakkan mereka melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela dalam
komuniti anda, menjadi ahli kumpulan belia, atau turut serta dalam
aktiviti kesenian atau sukan. Ini akan membuatkan mereka merasa satu
pencapaian, menghubugnkan mereka dengan kawan-kawan yang positif dan
pemimpin-pemimpin di kalangan orang dewasa, dan juga memenuhkan jadual
harian mereka.
Bantu
Anak Remaja Belasan Tahun Anda Menetapkan Matlamat Dan Memahami Bahawa
Mereka Mempunyai Pilihan Untuk Menentukan Masa Depan Mereka
Bantu
anak-anak memahami bagaimana pilihan yang mereka buat sekarang boleh
mempengaruhi keseluruhan kehidupan mereka. Perkenalkan mereka dengan
mereka yang berjaya di komuniti anda yang boleh menerangkan apa yang
perlu dilakukan untukberjaya. Remaja yang mempunyai matlamat jangka
panjang dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berkemungkinan untuk
merosakkan masa depan mereka dengan melibatkan diri dalam
perkara-perkara yang tidak sihat.
Beritahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Sangat Menghargai Pendidikan.
Libatkanlah
diri dalam pendidikan anak-anak anda dan biarkan mereka tahu bahawa ia
sangat penting bagi anda. Ternagkan kepada mereka bagaimana pelajaran
akan membantu mereka pada masa hadapan dan mengapa penting bagi mereka
untuk mengambil serius perkara ini sekarang. Kegagalan dalam pelajaran
biasanya adalah tanda-tanda masalah lain. Jika anda mendapati
pelajarannya merosot, berbincanglah dengan mereka dan dengan
guru-gurunya dengan segera.
Libatkan Diri Dengan Sekolah Anak-anak Anda.
Ibu
bapa sering berhubungan dengan sekolah anak-anak semasa mereka di
sekolah rendah, tetapi mula menjauh apabila mereka semakin membesar.
Cubalah terus libatkan diri sehingga sekolah menengah. Beri perhatian
kepada kelas-kelas yang diambil oleh anak-anak anda dan kerja rumah yang
mereka bawa balik. Jadi ahli Persatuan Ibu Bapa atau organisasi lain.
Tawarkan diri untuk menjadi tutor, mentor atau penceramah jemputan.
Berjumpa dengan pengetua, guru-guru, kaunselor dan jurulatih mereka.
Hadirilah majlis-majlis, pameran, drama, pancaragam, nyanyian dan sukan
yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Jika anda tidak menghadirinya,
anak-anak anda adalah orang yang pertama menyedarinya.
Tahu Di Mana Anak Anda Berada Dan Apa Yang Mereka Lakukan.
Buat
peraturan yang jelas bagi anak-anak anda mengenai apa yang boleh mereka
lakukan dan dengan siapa mereka boleh meluangkan masa, dan terangkanlah
kepada mereka mengapa peraturan-peraturan ini penting. Tetapkan masa di
mana mereka mesti balik dan jangan benarkan mereka menghadiri parti
tanpa ditemani orang dewasa. Berusahalah lebih sedikit untuk mengetahu
di mana anak-anak anda berada pada hari minggu dan selepas waktu
sekolah, memandangkan waktu-waktu tersebut adalah “zon bahaya”, di mana
anak-anak muda yang tidak dikawal mungkin berpeluang untuk
menyalahgunakan dadah, melakukan jenayah dan terlibat dalam
perbuatan-perbuatan berisiko yang lain. Matlamatnya adalah untuk menjadi
seorang ibu bapa yang berwaspada tanpa terlalu memaksa. Ingat, dengan
mengetahu di mana anak-anak anda berada dan apa yang mereka lakukan
tidak bermakna anda suka membebel; ini bermakna anda seorang ibu atau
bapa yang prihatin.
Kenali Siapa Kawan-Kawan Anak Anda dan Keluarga Mereka.
Rakan-rakan
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap satu sama lain, oleh itu adalah
penting bagi anda untuk mengenali siapa kawan-kawan anak-anak anda dan
ibu bapa mereka. Kebanyakan tekanan rakan sebaya adalah positif.
Galakkan anak-anak remaja anda untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan
yang positif dan sihat. Jemput mereka datang ke rumah dan
berbual-buallah dengan mereka secara terbuka.
Berbincang
Dengan Anak-Anak Anda Dari Awal Dan Dengan Kerap Mengenai Tekanan
Semasa Membesar Dan Risiko Yang Mereka Akan Hadapi: Seks, Dadah,
Alkohol, Rokok Dan Keganasan.
Walaupun
ia agak sukar untuk memulakan perbualan menganai perkara ini,
mulakannya apabila anak-anak anda ingin tahu dan mula bertanyakan
soalan. Jelaskan kepada mereka bahawa setiap orang berasa terluka,
takut, marah dan ragu-ragu, dan berbincang dengan mereka mengenai
cara-cara yang betul untuk menangani emosi seperti ini. Pastikan bahawa
anak-anak anda tahu bahaya rokok, dadah, alcohol dan seks. Komunikasi
yang kerap mengenai isu-isu seperti ini patut bermula sejak mereka kecil
lagi dan berterusan hingga mereka remaja kerana soalan-soalan dan
situasi terus berubah mengikut masa. Tentulah, dengan remaja belasan
tahun terutamanya, anda mungkin harus mengambil inisiatif untuk terus
berkomunikasi. Binalah satu dialog dua hala dengan menjawab dengan
hormat setiap soalan atau topik dengan teliti. Bercakap dengan mereka,
bukannya kepada mereka.
Terangkan Dengan Jelas Nilai-Nilai Dan Kelakuan-kelakuan Yang Anda Harapkan.
Berkomunikasi
dengan anak-anak mengenai isu-isu yang sukar adalah lebih berjaya
apabila anda, sebagai seorang ibu atau bapa, jelas mengenai perasaan
anda sendiri. Dengan bersikap terbuka dan jujur, anda boleh meluahkan
nilai-nilai yang anda harapkan dengan cara yang menunjukkan
keprihatinan. Kebanyakan ibu bapa bimbang dilihat sebagai seorang yang
hipokrit, terutamanya jika mereka sendiri terlibat dalam perkara-perkara
kurang sihat semasa mereka remaja, tetapi sekarang mereka mendesak
anak-anak mereka untuk mengambil jalan lain. Kebanyakan remaja mempunyai
“radar hipokrit” yang baik. Mereka biasanya cukup sofistikated untuk
menyedari bahawa dalam dunia moden yang penuh dengan bahaya seperti
AIDS, senjata automatik dan bahaya-bahaya lain, standard yang baru
adalah perlu.
Jadilah Contoh Yang Baik.
Jadilah
contoh harian yang terbaik berkaitan dengan nilai-nilai dan standard
yang anda harapkan. Tunjukkan kasih sayang, kejujuran, disiplin dan
keterbukaan yang anda harapkan daripada anak-anak anda. Jika anda
menyalahgunakan dadah atau alcohol, sedarlah bahawa anak-anak anda
sedang memerhatikan dan apa yang mereka lihat mungkin akan merosakkan
niat baik anda untuk menghalang mereka dari menyalahgunakan bahan-bahan
ini. Jangan merokok atau membenarkan sesiapa merokok di dalam rumah.
Tunjukkan contoh seseorang yang tidak menggunakan keganasan. Jika anda
mahu anak-anak muda menolak keganasan, anda perlulah menunjukkan
cara-caranya. Ibu atau bapa yang mempunyai teman lelaki atau wanita
harus tahu bahawa anak-anak mereka melihat apa yang mereka lakukan,
bukan setakat mendengar apa yang mereka perkatakan.
Beri Perhatian Kepada Anak-Anak Sebelum Mereka Mendapat Masalah.
Program-program
sokongan bagi remaja yang bermasalah adalah baik, tetapi semua
kanak-kanak dan remaja dapat memperolehi kebaikan daripada galakan,
perhatian dan sokongan. Jangan memfokuskan perhatian kepada mereka hanya
apabila ada masalah. Biarkan anak-anak anda tahu bahawa anda berbangga
dengan mereka, walaupun kadang kala ia kelihatan seperti bukannya satu
perkara yang besar.
Perhatikan Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Anak-Anak Remaja Anda Memerlukan Bantuan.
Perhatikan
tanda-tanda penyalahgunaan dadah dan alcohol, kegagalan dalam
pelajaran, kemurungan dan keganasan. Berikut adalah beberapa klu yang
boleh anda perhatikan: banyak masa diluangkan bersendirian dan
mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan, perubahan yang mendadak
dalam prestasi di sekolah, perubahan kelakuan dan pertukaran emosi yang
drastic, tidak berminat mempunyai hobi atau beraktivi social atau
rekreasi, dan perubahan pilihan rakan-rakan atau mengasingkan diri
daripada kawan-kawan lama. Jangan takut untuk masuk campur dan
mendapatkan bantuan dari luar. Kebanyakan komuniti mempunyai
sumber-sumber bagi membantu ibu bapa membantu anak-anak mereka.
Jadikan Rumah Anda Selamat Dan Ajar Anak Anda Kepentingan Keselamatan.
Jika
anda mempunyai senjata, pastikan ia sentiasa dikunci. Jangan bawa masuk
dadah harap ke rumah, dan sentiasa kuncikan kabinet minuman keras.
Jangan merokok berdekatan anak-anak anda atau membenarkan orang lain
berbuat demikian. Pastikan anak-anak remaja anda memakai talipinggang
keledar, belajar memandu dari sekolah memandu yang baik, dan tahu
mengenai bahaya minum dan memandu.
Tahu Apa Yang Ditonton, Dibaca dan Didengar Oleh Anak-anak Anda.
Adalah
tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menapis bahan-bahan yang
sampai kepada anak-anak anda. Remaja pun memerlukan panduan untuk
menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan. Tontonlah televisyen
atau dengar muzik bersama anak-anak anda dan Bantu mereka memahami
perbezaan antara kehidupan sebenar dan apa yang digambarkan dalam media.
Carilah masa yang sesuai untuk mengajar; karakter dan cerita yang
digambarkan dalam media sering memberikan peluang untuk berbual mengenai
isu-isu yang melibatkan anda dan anak-anak anda.
Libatkan Diri Dalam Komuniti Anda.
Ibu
bapa boleh membuat perubahan dalam kehidupan anak-anak mereka, tetapi
ibu bapa tidak boleh menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah melibatkan diri dalam mengubah
persekitaran di mana anak-anak mereka menghadapi cabaran dan
pilihan-pilihan yang sukar. Lebih banyak sokongan yang diberikan oleh
masyarakat terhadap perkembangan positif remaja, lebih mudah bagi anda
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa. galakkan pihak
sekolah dan organisasi-organisasi lain untuk mengendalikan dan
menjalankan kampus-kampus yang bebas rokok dan bebas dadah. Sokonglah
penubuhan tempat-tempat rekreasi yang mesra remaja dan selamat daripada
dadah, alcohol dan rokok. Ambil bahagian dalam organisasi-organisasi
komuniti yang mempromosikan polisi untuk membantu kanak-kanak dan
remaja, seperti menghalang penjualan rokok kepada kanak-kanak atau
mengurangkan keganasan dalam masyarakat. Pergilah kedai-kedai yang
mempromosikan pilihan-pilihan yang sihat bagi remaja. Bantulah remaja
lain dalam masyarakat anda dengan menjadi mentor mereka atau mengambil
remaja bekerja di tempat kerja anda. Libatkan diri dengan kumpulan belia
di tempat anda atau di pusat komuniti setempat.
by National Parent Information Network
INFO PENTING: ROKOK DAN ALKOHOL
Pada hari ini cikgu nak kongsikan artikel berkaitan dadah dan rokok
yang dimana rokok rupa-rupanya antara yang duduk dalam kelompok 10
teratas dadah paling merbahaya. Semoga artikel ini boleh memberikan kita
sedikit semangat dalam menjauhkan rokok.
Tak sangka aku pula dan dengan terkejutnya aku bila terbaca satu
artikel dari laman blog Dr. Ben Kim yang menyatakan bahawa mengikut
kajian, tembakau dan alkohol adalah di nilai sebagai lebih merbahaya
berbanding ecstacy dan marijuana.
Dan antara 10 dadah yang dimaksudkan itu adalah (mengikut turutan bahaya dari bawah ke atas);
- Heroin - sering juga kita dengar dengan nama smag,skug dan junk.
- Kokain – sering juga di dengar dengan istilah snow,flakes,coke dan blow
- Barbiturat
- Street Methadone
- Alkohol
- Ketamin – halusinasi yang kuat. Juga digelar Special K.
- Benzodiazepin – keluarga dadah sedatif.
- Amfetamin
- Tembakau
- Buprenorphin
Mengapa dadah dalam golongan 10 ini di klasifikasikan sebagai yang
paling merbahaya? Ini adalah kerana di atas beberapa faktor yang
antaranya;
- Boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan gangguan mental kepada penggunanya.
- Potensi ketagihan yang tinggi dan sukar untuk dibendung.
- Kesan dadah itu sendiri terhadap masyarakat
- Kesukaran dalam mengurangkan ketagihan
Adalah di anggarkan bahawa tembakau adalah 40% penyebab kebanyakkan
semua penyakit hospital, manakala alkohol yang terlibat dalam lebih
daripada 50% daripada semua rawatan kecemasan hospital. Memandangkan
statistik ini, mengapa alkohol dan tembakau adalah sah di sisi
undang-undang untuk menggunakan dalam polisi dadah semasa untuk
Britain,Amerika Syarikat dan termasuk juga jualan rokok dan minuman
alkohol dalam pasaran Malaysia serta dijual pula secara terbuka.
Dari segi potensi keseluruhan untuk menyebabkan kemudaratan, jika
rokok dan alkohol di ambil dengan kerap, ia boleh dikategori sebagai
kesan yang sama seperti mengambil dadah yang lain seperti kokain dan
heroin. Akhir kata, jauhi rokok dan alkohol. Kepada anda yang
sememangnya perokok, Marilah sama-sama cuba kuatkan semangat
untuk berhenti merokok sebelum terlambat.
Tuesday, November 6, 2012
HIDUP INDAH TANPA ROKOK
Taman yang indah tanpa perokok....bahagianya anak-anak kita.
masyarakat yang indah tanpa perokok...
BEBAS ROKOK, KITA SIHAT
KITA BAKAR DIA...
membakar batang rokok sebagai tanda simbolik pelancaran program Nafas Segar.Program Nafas Segar Tanpa Rokok ini dapat melahirkan golongan pelajar
yang berwawasan, bertanggungjawab dan mempunyai penampilan diri yang
bersih serta sihat.
HIDUP CERIA TANPA ROKOK
poster yang dihasilkan oleh pelajar.
KEHIJAUAN ALAM
memberi ketenangan dari asap rokok yang memudaratkan diri kita.Takutkan ALLAH,
kerana rokok itu adalah HARAM.
KEBIRUAN LAUT
Memberi ketenangan dari kesesakan kota termasuk orang disekeliling kita yang merokok.
KELUARGA, SYURGAKU...KELUARGA BAHAGIA
Semuanya bermula dari rumah, keluarga yang bahagia dapat menghalang gejala merokok yang berleluasa sekarang ni. CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!
sekian, terima kasih.
HAVE A NICE DAY!
Rasa Rimas Dikelilingi Rakan Perokok
MEROKOK di tempat kerja menjadi satu perkara biasa yang sering dilihat. Kebanyakan perokok menjadikan kawasan kaki lima atau tangga sebagai tempat merokok terutama ketika waktu kerja.
Adakah ia mengganggu privasi individu yang tidak merokok terutama apabila melalui kawasan yang berbau asap rokok? Bagaimana pula jika anda terpaksa menunggu rakan perokok untuk memulakan mesyuarat? Tidakkah ini membuang masa?
Walaupun isu ini dianggap ringan, ramai memberikan pandangan berbeza mengenainya. Dalam satu kaji selidik dijalankan JobStreet.com baru-baru ini ke atas 988 responden dengan 67 peratus bukan perokok, ia menunjukkan hampir 78 peratus pekerja Malaysia memberitahu mereka dikelilingi rakan perokok.
Walaupun peningkatan jumlah perokok di tempat kerja mengejutkan, ramai tidak terfikir berehat untuk merokok selama beberapa minit akan menjejaskan produktiviti bekerja.
Di Malaysia, 23 peratus daripada keseluruhan populasi (4.7 juta) adalah penghisap tembakau. Ini terdiri daripada 44 peratus lelaki, satu peratus wanita manakala statistik menunjukkan empat daripada 10 pekerja yang berada di dalam bangunan (2.3 juta) terdedah kepada asap rokok di tempat kerja.
Daripada kaji selidik ini, ramai memberi pelbagai alasan mereka merokok.
Kira-kira 54 peratus memberitahu perokok harus dibenarkan merokok dalam lingkungan waktu bekerja kerana ia gaya hidup seseorang dan membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja. Baki 46 peratus yang menolak merokok di tempat kerja menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan pekerja yang tidak merokok.
Mereka juga berfikir ia mengganggu dan membuang masa kerana terpaksa menunggu perokok terutama ketika mesyuarat atau perbincangan. Bagi perokok pula mereka memberitahu secara purata, 55 peratus hanya mengambil masa kurang dari lima minit untuk merokok, pada kiraan tiga hingga empat kali sehari.
Walaupun produktiviti kerja dan sikap tidak terjejas, apa yang dikhuatiri bau asap rokok akan berlarutan apabila mesyuarat diadakan. Sebanyak 51 peratus mengakui mereka akan mengelak duduk terlalu dekat dengan perokok.
Mengenai sama ada zon bebas rokok perlu diperluaskan di tempat awam seperti perhentian bas dan taman, 68 peratus menjawab kerajaan perlu menetapkan undang-undang dengan lebih ketat mengenai larangan merokok di tempat awam.
sumber: MYMetro .Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30
Menurut satu kaji selidik, perokok
boleh menjejaskan produktiviti kerja apabila mengambil masa untuk ‘rehat
merokok’ secara purata antara satu hingga empat kali setiap hari di tempat
kerja.
Setiap ‘rehat merokok’ berlangsung antara lima hingga 10 minit yang bermakna perokok mengambil masa sehingga 40 minit waktu kerja setiap hari.
Apa komen anda? Komen terpilih akan disiarkan dalam sisipan S2 Utusan Malaysia pada Sabtu, 10 November 2012.
Setiap ‘rehat merokok’ berlangsung antara lima hingga 10 minit yang bermakna perokok mengambil masa sehingga 40 minit waktu kerja setiap hari.
Apa komen anda? Komen terpilih akan disiarkan dalam sisipan S2 Utusan Malaysia pada Sabtu, 10 November 2012.
Wednesday, October 31, 2012
Dimanakah Anak Anda???
Disini cikgu kepilkan beberapa video mengenai kenali anak kita yang di dapati dari youtube. Dan ibu bapa perlu tahu di manakah anak anda ketika anda sibuk bekerja...kita sebagai ibu bapa perlu tahu dimana mereka dan apa yang mereka lakukan.Semuanya tentang anak...KENALI ANAK KITA.
Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu
Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu
Thursday, October 18, 2012
SEKADAR PERINGATAN:BERHENTI MEROKOK
Merokok adalah memudaratkan kesihatan
Kita semua tahu bahawa
merokok adalah memudaratkan kesihatan.
Senarai masalah ia menyebabkan terbentang
pada dan pada dan termasuk segala-galanya
dari kanser paru-paru emfisema kedut.
tetapi
apa yang anda lakukan
Kita semua tahu bahawa
merokok adalah memudaratkan kesihatan.
Senarai masalah ia menyebabkan terbentang
pada dan pada dan termasuk segala-galanya
dari kanser paru-paru emfisema kedut.
tetapi
apa yang anda lakukan
apabila anda benar-benar
mahu berhenti merokok?
Walaupun sukar,
ia adalah mungkin untuk berhenti merokok,
terutama dengan bantuan dan sokongan
keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat perubatan.
Memutuskan bahawa ANDA mahu untuk berhenti merokok
Dalam usaha untuk berhenti merokok,
anda perlu satu yang mahu berhenti.
Malah jika semua orang di sekeliling anda mahu anda untuk berhenti merokok,
pilihan adalah milik anda dan hanya akan berfungsi
jika anda memutuskan anda sudah bersedia untuk berhenti.
Walaupun sukar,
ia adalah mungkin untuk berhenti merokok,
terutama dengan bantuan dan sokongan
keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat perubatan.
Memutuskan bahawa ANDA mahu untuk berhenti merokok
Dalam usaha untuk berhenti merokok,
anda perlu satu yang mahu berhenti.
Malah jika semua orang di sekeliling anda mahu anda untuk berhenti merokok,
pilihan adalah milik anda dan hanya akan berfungsi
jika anda memutuskan anda sudah bersedia untuk berhenti.
Senaraikan sebab-sebab berhenti Menyenaraikan
sebab
- Secara terperinci -
untuk berhenti merokok boleh membantu keputusan anda.
Tulis pada nota dan
meletakkan mereka di sekitar rumah anda
di mana anda boleh melihat mereka.
Kira
berapa banyak wang yang anda akan menjimatkan
jika anda berhenti merokok
Memikirkan berapa banyak wang yang anda akan menjimatkan
setiap minggu, bulan, dan tahun,
dan kemudian membuat keputusan
di mana anda akan mengarahkan supaya wang
apabila anda berhenti merokok.
Cuba fikirkan sesuatu yang
anda telah mahu untuk seketika.
Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Secara terperinci -
untuk berhenti merokok boleh membantu keputusan anda.
Tulis pada nota dan
meletakkan mereka di sekitar rumah anda
di mana anda boleh melihat mereka.
Kira
berapa banyak wang yang anda akan menjimatkan
jika anda berhenti merokok
Memikirkan berapa banyak wang yang anda akan menjimatkan
setiap minggu, bulan, dan tahun,
dan kemudian membuat keputusan
di mana anda akan mengarahkan supaya wang
apabila anda berhenti merokok.
Cuba fikirkan sesuatu yang
anda telah mahu untuk seketika.
Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
Tetapkan
tarikh dan ikutinya.
Mungkin ia boleh menjadi tarikh lahir anda atau ulang tahun.
Fikirkan berhenti merokok
sebagai hadiah kepada diri sendiri pada majlis ini istimewa.
Jaga diri anda secara fizikal
Sejak anda mungkin akan mengalami gejala,
ia adalah penting untuk mengambil penjagaan yang terbaik daripada diri sendiri mungkin.
Minum banyak air dan bukannya soda atau alkohol,
bersenam, tidak bekerja jam terlalu banyak,
dan mendapatkan banyak tidur.
Memahami pengeluaran rokok
Mungkin ia boleh menjadi tarikh lahir anda atau ulang tahun.
Fikirkan berhenti merokok
sebagai hadiah kepada diri sendiri pada majlis ini istimewa.
Jaga diri anda secara fizikal
Sejak anda mungkin akan mengalami gejala,
ia adalah penting untuk mengambil penjagaan yang terbaik daripada diri sendiri mungkin.
Minum banyak air dan bukannya soda atau alkohol,
bersenam, tidak bekerja jam terlalu banyak,
dan mendapatkan banyak tidur.
Memahami pengeluaran rokok
Sedarlah bahawa,
apabila anda berhenti merokok,
anda akan berjimat
Walau bagaimanapun,
gejala sementara
dan yang paling teruk ia akan berakhir dalam masa seminggu.
Bersedia untuk cepat marah, keletihan,
dan lain-lain gejala yang tidak menyenangkan,
tetapi
terus memberitahu diri anda:
"Ini akan berjaya"
apabila anda berhenti merokok,
anda akan berjimat
Walau bagaimanapun,
gejala sementara
dan yang paling teruk ia akan berakhir dalam masa seminggu.
Bersedia untuk cepat marah, keletihan,
dan lain-lain gejala yang tidak menyenangkan,
tetapi
terus memberitahu diri anda:
"Ini akan berjaya"
UNTUK SAYA BERHENTI MEROKOK".
UJIAN PERSONALITI STRESS
Ini adalah suatu ujian untuk
mengukur adakah anda golongan yang terdedah kepada stress atau tidak mempunyai
stress...
jawapan bagi setiap soalan ialah:
a) kerap kali
b) selalu
c) kadang -kadang
d) tidak pernah
SOALAN:
1) Saya lebih suka bermain ataupun menonton sukan yang pantas.
2) Pemandu yang memandu perlahan didepan saya, menjelikkan saya.
3) Saya hanya bercakap perkara yang penting sahaja bagi diri saya.
4) sambil makan saya suka membaca akhbar atau menonton tv.
5) Saya rasa bersalah apabila tidak melakukan apa - apa.
6) Saya ska petandingan atau sukan yang mencabar.
7) Saya selalu mengambil berat untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya.
8) Saya makan lebih cepat daripada orang lain.
9) Saya suka berjalan atau bergerak pantas.
10) Saya berfikir atau melakukan sesuatu, dua atau lebih tugas dalam suatu masa.
11) Saya cuba menghabiskan semua tugas dalam masa yang ada.
12) Saya menggigil apabila bercakap di khalayak ramai.
13) Saya suka memotong percakapan orang lain.
14) Saya tidak suka berbaris ataupun menunggu.
15) Saya lebih banyak tidur berbanding orang lain.
16) Saya suka bercakap lebih laju daripada orang lain.
17) Bagi memastikan perkara itu dibuat dengan betul, saya akan buat semua kerja itu.
18) Saya ada alasan untuk menepati masa temujanji.
19) Saya mengukur kejayaan saya dalam hidup dengan keupayaan saya mengumpulkan harta benda.
20) Saya tidak sabar apabila melihat orang lain melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan dengan cepat ataupun lebih baik.
dah habis menjawab??
ok... untuk setiap jawapan a : 5 mata b: 4 mata c: 2 mata d: 0 mata
jumlahkan keseluruhan mata anda...
jawapan bagi setiap soalan ialah:
a) kerap kali
b) selalu
c) kadang -kadang
d) tidak pernah
SOALAN:
1) Saya lebih suka bermain ataupun menonton sukan yang pantas.
2) Pemandu yang memandu perlahan didepan saya, menjelikkan saya.
3) Saya hanya bercakap perkara yang penting sahaja bagi diri saya.
4) sambil makan saya suka membaca akhbar atau menonton tv.
5) Saya rasa bersalah apabila tidak melakukan apa - apa.
6) Saya ska petandingan atau sukan yang mencabar.
7) Saya selalu mengambil berat untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya.
8) Saya makan lebih cepat daripada orang lain.
9) Saya suka berjalan atau bergerak pantas.
10) Saya berfikir atau melakukan sesuatu, dua atau lebih tugas dalam suatu masa.
11) Saya cuba menghabiskan semua tugas dalam masa yang ada.
12) Saya menggigil apabila bercakap di khalayak ramai.
13) Saya suka memotong percakapan orang lain.
14) Saya tidak suka berbaris ataupun menunggu.
15) Saya lebih banyak tidur berbanding orang lain.
16) Saya suka bercakap lebih laju daripada orang lain.
17) Bagi memastikan perkara itu dibuat dengan betul, saya akan buat semua kerja itu.
18) Saya ada alasan untuk menepati masa temujanji.
19) Saya mengukur kejayaan saya dalam hidup dengan keupayaan saya mengumpulkan harta benda.
20) Saya tidak sabar apabila melihat orang lain melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan dengan cepat ataupun lebih baik.
dah habis menjawab??
ok... untuk setiap jawapan a : 5 mata b: 4 mata c: 2 mata d: 0 mata
jumlahkan keseluruhan mata anda...
jika anda mendapat skor diantara 50
- 100... anda adalah kategori A. iaitu..
- Aggresif, bertenaga, bercita-cita
tinggi, terdorong untuk bersaing.
- terdedah kepada stress. Jika skor
anda > 70.. anda terdedah kepada pelbagai risiko.
jika anda mendapat skor <50
pula.. anda adalah kaegori B:
- penyabar, sederhana, kurang daya
saing, dan memberikan stress kepada golongan A.
KUIZ DADAH SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012
NAMA:_________________________________
KELAS:_________________________________
KELAS:_________________________________
SOALAN
KUIZ TAHAP 1 (Terbuka Tahun 2 dan 3)
- Berikan 4 rahsia untuk hidup sihat sepanjang hayat:
Makan
_____________________________
Lakukan
____________________________
Jangan
mula _________________________
Tangani
_____________________________
- Lengkapkan jenis-jenis dadah di bawah:
G___
___ J___
KO___
___ ___ N
___
___ R___I___
___Y___
___U
H
___ ___ O ___ N
EC___
___ ___S ___
- Apakah TEMA Minggu Anti Dadah pada tahun ini?
______________________________________________
- Iklan Merokok supaya tidak merokok ialah KATAKAN______________________________________
5.
Apakah VISI PPDa Sekolah?
_____________________________________________
NAMA:_____________________________ KELAS:____________
Soalan Kuiz Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)
SILA JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH INI.
- Beri 3 tanda-tanda penagihan dadah.
- Nyatakan 3 sebab yang paling kukuh para penagih mula terjebak dengan najis dadah.
- Beri 3 bidang tugas Pengawas PPDa.
4. Visi PPDa ialah
5. Beri 3 akibat menagih najis dadah.
6. Beri 3 kawasan tumpuan penagih dadah.
7. Apakah hukuman merokok dalam Islam?
8. Berapakah Sudut PPDa yang ada
di Sekolah ini?
9. Nyatakan TEMA Minggu
Antidadah pada tahun ini?
10. Nyatakan nama penuh agensi
ini:
AADK:
SELAMAT
MENCUBA!
DARI
:Unit Bimbingan Dan kaunseling SKPI
Subscribe to:
Posts (Atom)