Tuesday, November 6, 2012

Rasa Rimas Dikelilingi Rakan Perokok


MEROKOK di tempat kerja menjadi satu perkara biasa yang sering dilihat. Kebanyakan perokok menjadikan kawasan kaki lima atau tangga sebagai tempat merokok terutama ketika waktu kerja.
Adakah ia mengganggu privasi individu yang tidak merokok terutama apabila melalui kawasan yang berbau asap rokok? Bagaimana pula jika anda terpaksa menunggu rakan perokok untuk memulakan mesyuarat? Tidakkah ini membuang masa?

Walaupun isu ini dianggap ringan, ramai memberikan pandangan berbeza mengenainya. Dalam satu kaji selidik dijalankan JobStreet.com baru-baru ini ke atas 988 responden dengan 67 peratus bukan perokok, ia menunjukkan hampir 78 peratus pekerja Malaysia memberitahu mereka dikelilingi rakan perokok.

Walaupun peningkatan jumlah perokok di tempat kerja mengejutkan, ramai tidak terfikir berehat untuk merokok selama beberapa minit akan menjejaskan produktiviti bekerja.

Di Malaysia, 23 peratus daripada keseluruhan populasi (4.7 juta) adalah penghisap tembakau. Ini terdiri daripada 44 peratus lelaki, satu peratus wanita manakala statistik menunjukkan empat daripada 10 pekerja yang berada di dalam bangunan (2.3 juta) terdedah kepada asap rokok di tempat kerja.

Daripada kaji selidik ini, ramai memberi pelbagai alasan mereka merokok.
Kira-kira 54 peratus memberitahu perokok harus dibenarkan merokok dalam lingkungan waktu bekerja kerana ia gaya hidup seseorang dan membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja. Baki 46 peratus yang menolak merokok di tempat kerja menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan pekerja yang tidak merokok.

Mereka juga berfikir ia mengganggu dan membuang masa kerana terpaksa menunggu perokok terutama ketika mesyuarat atau perbincangan. Bagi perokok pula mereka memberitahu secara purata, 55 peratus hanya mengambil masa kurang dari lima minit untuk merokok, pada kiraan tiga hingga empat kali sehari.

Walaupun produktiviti kerja dan sikap tidak terjejas, apa yang dikhuatiri bau asap rokok akan berlarutan apabila mesyuarat diadakan. Sebanyak 51 peratus mengakui mereka akan mengelak duduk terlalu dekat dengan perokok.

Mengenai sama ada zon bebas rokok perlu diperluaskan di tempat awam seperti perhentian bas dan taman, 68 peratus menjawab kerajaan perlu menetapkan undang-undang dengan lebih ketat mengenai larangan merokok di tempat awam.
 sumber: MYMetro .Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30

Menurut satu kaji selidik, perokok boleh menjejaskan produktiviti kerja apabila mengambil masa untuk ‘rehat merokok’ secara purata antara satu hingga empat kali setiap hari di tempat kerja.
Setiap ‘rehat merokok’ berlangsung antara lima hingga 10 minit yang bermakna perokok mengambil masa sehingga 40 minit waktu kerja setiap hari.
Apa komen anda? Komen terpilih akan disiarkan dalam sisipan S2 Utusan Malaysia pada Sabtu, 10 November 2012.

 

1 comment:

STATISTIK

Email Footer #2

PASTINYA LEBIH MENARIK DISINI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POSTER DADAH & ROKOK