Wednesday, October 31, 2012

Dimanakah Anak Anda???

Disini cikgu kepilkan beberapa video mengenai kenali anak kita yang di dapati dari youtube. Dan ibu bapa perlu tahu di manakah anak anda ketika anda sibuk bekerja...kita sebagai ibu bapa perlu tahu dimana mereka dan apa yang mereka lakukan.Semuanya tentang anak...KENALI ANAK KITA.
Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak
Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu

Thursday, October 18, 2012

SEKADAR PERINGATAN:BERHENTI MEROKOK

Merokok adalah memudaratkan kesihatan
Kita semua tahu bahawa
merokok adalah memudaratkan kesihatan.
Senarai masalah ia menyebabkan terbentang
pada dan pada dan termasuk segala-galanya
dari kanser paru-paru emfisema kedut.
tetapi
apa yang anda lakukan
apabila anda benar-benar mahu berhenti merokok?
Walaupun sukar,
ia adalah mungkin untuk berhenti merokok,
terutama dengan bantuan dan sokongan
keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat perubatan.

Memutuskan bahawa ANDA mahu untuk berhenti merokok
Dalam usaha untuk berhenti merokok,
anda perlu satu yang mahu berhenti.
Malah jika semua orang di sekeliling anda mahu anda untuk berhenti merokok,
pilihan adalah milik anda dan hanya akan berfungsi
jika anda memutuskan anda sudah bersedia untuk berhenti.
Senaraikan sebab-sebab berhenti Menyenaraikan sebab
- Secara terperinci -
untuk berhenti merokok boleh membantu keputusan anda.
Tulis pada nota dan
meletakkan mereka di sekitar rumah anda
di mana anda boleh melihat mereka.

Kira
berapa banyak wang yang anda akan menjimatkan
jika anda berhenti merokok
Memikirkan berapa banyak wang yang anda akan menjimatkan
setiap minggu, bulan, dan tahun,
dan kemudian membuat keputusan
di mana anda akan mengarahkan supaya wang
apabila anda berhenti merokok.

Cuba fikirkan sesuatu yang
anda telah mahu untuk seketika.
Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok  
Tetapkan tarikh dan ikutinya.
Mungkin ia boleh menjadi tarikh lahir anda atau ulang tahun.
Fikirkan berhenti merokok
sebagai hadiah kepada diri sendiri pada majlis ini istimewa.

Jaga diri anda secara fizikal
Sejak anda mungkin akan mengalami gejala,
ia adalah penting untuk mengambil penjagaan yang terbaik daripada diri sendiri mungkin.
Minum banyak air dan bukannya soda atau alkohol,
bersenam, tidak bekerja jam terlalu banyak,
dan mendapatkan banyak tidur.

Memahami pengeluaran rokok
 Sedarlah bahawa,
apabila anda berhenti merokok,
anda akan berjimat
Walau bagaimanapun,
gejala sementara
dan yang paling teruk ia akan berakhir dalam masa seminggu.
Bersedia untuk cepat marah, keletihan,
dan lain-lain gejala yang tidak menyenangkan,
tetapi
terus memberitahu diri anda:
"Ini akan berjaya"
UNTUK SAYA BERHENTI MEROKOK". 
http://swaris.files.wordpress.com/2010/09/stopmerokokcopy.jpg 
 

UJIAN PERSONALITI STRESS



Ini adalah suatu ujian untuk mengukur adakah anda golongan yang terdedah kepada stress atau tidak mempunyai stress...
jawapan bagi setiap soalan ialah:
a) kerap kali
b) selalu
c) kadang -kadang
d) tidak pernah
SOALAN:
1) Saya lebih suka bermain ataupun menonton sukan yang pantas.
2) Pemandu yang memandu perlahan didepan saya, menjelikkan saya.
3) Saya hanya bercakap perkara yang penting sahaja bagi diri saya.
4) sambil makan saya suka membaca akhbar atau menonton tv.
5) Saya rasa bersalah apabila tidak melakukan apa - apa.
6) Saya ska petandingan atau sukan yang mencabar.
7) Saya selalu mengambil berat untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya.
8) Saya makan lebih cepat daripada orang lain.
9) Saya suka berjalan atau bergerak pantas.
10) Saya berfikir atau melakukan sesuatu, dua atau lebih tugas dalam suatu masa.
11) Saya cuba menghabiskan semua tugas dalam masa yang ada.
12) Saya menggigil apabila bercakap di khalayak ramai.
13) Saya suka memotong percakapan orang lain.
14) Saya tidak suka berbaris ataupun menunggu.
15) Saya lebih banyak tidur berbanding orang lain.
16) Saya suka bercakap lebih laju daripada orang lain.
17) Bagi memastikan perkara itu dibuat dengan betul, saya akan buat semua kerja itu.
18) Saya ada alasan untuk menepati masa temujanji.
19) Saya mengukur kejayaan saya dalam hidup dengan keupayaan saya mengumpulkan harta benda.
20) Saya tidak sabar apabila melihat orang lain melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan dengan cepat ataupun lebih baik.

dah habis menjawab??
ok... untuk setiap jawapan a : 5 mata  b: 4 mata c: 2 mata d: 0 mata
jumlahkan keseluruhan mata anda...
jika anda mendapat skor diantara 50 - 100... anda adalah kategori A. iaitu..
- Aggresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, terdorong  untuk bersaing.
- terdedah kepada stress. Jika skor anda > 70.. anda terdedah kepada pelbagai risiko.

jika anda mendapat skor <50 pula.. anda adalah kaegori B:
- penyabar, sederhana, kurang daya saing, dan memberikan stress kepada golongan A.


KUIZ DADAH SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012





NAMA:_________________________________          
KELAS:_________________________________

SOALAN KUIZ TAHAP 1 (Terbuka Tahun 2 dan 3)

  1. Berikan 4 rahsia untuk hidup sihat sepanjang hayat:
Makan _____________________________
Lakukan ____________________________
Jangan mula _________________________
Tangani _____________________________
  1. Lengkapkan jenis-jenis dadah di bawah:
G___ ___ J___
KO___ ___ ___ N
___ ___ R___I___
___Y___ ___U
H ___ ___ O ___ N
EC___ ___ ___S ___
  1. Apakah TEMA  Minggu Anti Dadah  pada tahun ini?
______________________________________________
  1. Iklan Merokok  supaya tidak merokok ialah KATAKAN______________________________________
5. Apakah VISI PPDa Sekolah?
_____________________________________________







NAMA:_____________________________     KELAS:____________

Soalan Kuiz Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)

SILA JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH INI.

  1. Beri 3 tanda-tanda penagihan dadah.

  1. Nyatakan 3 sebab yang paling kukuh para penagih mula terjebak dengan najis dadah. 
  1. Beri 3 bidang tugas  Pengawas PPDa.

4.  Visi PPDa ialah 

5.  Beri 3 akibat menagih najis dadah.

6.  Beri 3 kawasan tumpuan penagih dadah.


7.  Apakah hukuman merokok dalam Islam?


8. Berapakah Sudut PPDa yang ada di Sekolah ini?

9.  Nyatakan TEMA Minggu  Antidadah pada tahun ini?


10. Nyatakan nama penuh agensi ini:
AADK:




SELAMAT MENCUBA!
DARI :Unit Bimbingan Dan kaunseling SKPI 





KARANGAN MENGENAI ISU DADAH

Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah


 Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan  muda  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi  harapan  bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah  mengambil  sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat  ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.  Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen  antidadah  di  seluruh  negara  secara  meluas.  Namun demikian,  tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita  pikul  bersama.
Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas,  terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan  menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar  bagi  mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh  persekitaran  terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.    
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.  
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

SUMBER:

Wednesday, October 10, 2012

TAK NAK MEROKOK



 




KATAKAN "TAK NAK MEROKOK MULAI SEKARANG".....:)
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit
serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh
menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000
bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat!

Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
. Yakinkan diri
. Buat nota peringatan
. Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
. Tumpukan pada hari ini
. Sentiada berfikiran positif
. Dapatkan sokongan
. Lawan keinginan untuk merokok
. Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
.
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
·         Melengahkan-lengah
·         Minum banyak air
·         Menarik nafas panjang
·         Membuat sesuatu
·         Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
·          Mengunyah sesuatu
·         Membasuh tangan
·          Mandi dengan kerap
·          Melakukan senaman regangan
·         Memohon doa


STATISTIK

Email Footer #2

PASTINYA LEBIH MENARIK DISINI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POSTER DADAH & ROKOK