Friday, April 26, 2013

JOM KITA LIHAT AKTIVITI PENGAWAS PPDa.....

Salam kembali...
kali ini kita lihat apa aktiviti yang dilakukan oleh pengawas-pengawas PPDa kita sepanjang bulan Januari hingga April 2013.Inilah tugas pengawas PPDa kita disebalik tabir dalam menjayakan program PPDa di sekolah. Tugas memimpin pengawas PPDa bukanlah perkara mudah dan perlunya kerjasama dari semua pihak. Apa yang penting kita menampilkan yang terbaik dalam diri pengawas PPDa supaya menjadi role model kepada murid. Dibawah ini , cikgu sertakan gambar aktiviti yang dilakukan oleh pengawas PPDa sekolah. Jom kita terjah......

  1. Pengawas PPDa mengecop buku dan menyemak buku bacaan untuk diletakkan di pondok PPDa

2. Semua pengawas PPDa membuat Model Pokok PPDa dengan meletakkan Kata-kata  tentang Bahaya Dadah dan Rokok.

3. Mereka laminating semua bahan-bahan PPDa untuk Pameran Sempena Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

4. Mereka membuat segala persiapan untuk Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

5. Pengawas PPDa Tahun 4 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk Pantun Dadah

6. Pengawas PPDa tahun 6 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk "HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH".

7. Pengawas PPDa yang dipilih untuk membacakan IKRAR ANTIDADAH sempena Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

8. Pengawas PPDa tahun 6 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk "CIRI-CIRI PENAGIH DADAH". 

Semua ini adalah sebahagian yang dilaksanakan oleh pengawas PPDa sepanjang bulan Januari hingga April. ada banyak lagi gambar aktiviti mereka. Nanti cikgu akan buat dalam bentuk video yea. Sambungan post akan datang , cikgu akan bercerita tentang sepanjang program MINGGU PENCEGAHAN DADAH DAN ROKOK DENGAN TEMA" PERANGI DADAH DAN ROKOK HABIS-HABISAN".JUMPA LAGI.....SEMOGA PENGAWAS PPDA JADI LEBIH PROAKTIF.INILAH YANG SELALU CIKGU DIDIK 7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN.CIKGU SAYANG KAMU SEMUA....:)

1 comment:

STATISTIK

Email Footer #2

PASTINYA LEBIH MENARIK DISINI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POSTER DADAH & ROKOK