Sunday, December 23, 2012

INFO PENTING: SATU PERINGATAN UNTUK INSAN BERGELAR PEREMPUAN


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang
kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsatidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali terutamanye emak, adik beradik, saudara mara, teman wanita, dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

SUMBER: Azila Bakri, Social Worker, All Women's Action Society (AWAM)

PESANAN: BERITAKANLAH KEPADA PELAJAR2/ANAK2/ADIK2/KAKAK2/SIAPA SAHAJA YANG BERKAIT DENGAN ANDA, LELAKI DAN PEREMPUAN, SEBAGAI ASPEK THE REAL HUMAN DEVELOPMENT
 

Friday, December 21, 2012

Hal-Ehwal Ibu Bapa: Panduan Membesarkan Anak Remaja Belasan Tahun

Menjadi seorang ibu atau bapa adalah satu cabaran hidup (dan ganjaran) yang terbesar. Tetapi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin mempunyai tugas yang paling sukar di antara ibu bapa lain. Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa, daripada bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Ia boleh jadi satu peralihan yang sukar bagi remaja itu sendiri dan juga ibu bapa mereka, terutamany dalam masyarakat di mana orang muda setiap hari berhadapan dengan risiko serius yang berkaitan dengan seks, keganasan, penyalahgunaan dadah, alcohol, merokok dan gagal dalam pelajaran – risiko-risiko yang biasanya adalah berkaitan antara satu sama lain. Oleh kerana pelbagai risiko yang dihadapi oleh remaja berkait rapat antara satu sama lain, begitu jugalah jalan penyelesaiannya.

Adalah mudah bagi ibu bapa remaja untuk percaya bahawa pengaruh mereka terhadap anak-anak remaja mereka telah lupus sebaik sahaja mereka mencecah zaman remaja. Rakan-rakan dan media nampaknya lebih berkuasa. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas: ibu bapa adalah penting dalam kehidupan remaja. Remaja belasan tahun memerlukan sokongan, panduan, dan perhatian daripada ibu bapa mereka sepertimana kanak-kanak juga. Dan remaja sendiri mengatakan bahawa mereka mahu mendengar apakah cabaran yang dihadapi oleh orang dewasa, walaupun mereka tidak selalunya berlagak seperti demikian.

Walaupun setiap satu daripada organisasi yang telah membantu menubuhkan penerbitan ini mempunyai focus yang berlainan, kami menawarkan banyak mesej yang sama kepada ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan dalam mengembangkan bakat dan kemahiran anak-anak mereka dan memandu mereka ke arah pembesaran yang sihat. Ibu bapa juga boleh membentuk komuniti di mana anak-anak mereka membesar. Sama ada anda bimbang mengenai tabiat minum arak, penyalahgunaan dadah, keganasan, masalah di sekolah, merokok, atau seks (atau kesemuanya sekali), nasihat terbaik bagi ibu bapa adalah sama: teruslah mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak remaja anda. Idea-idea di bawah boleh membantu ibu bapa membuat perubahan dalam kehidupan anak-anak remaja mereka.

Luangkan Masa Dengan Anak-Anak Dan Remaja Anda.
Luangkanlah masa dengan anak-anak anda dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra yang berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi pada masa depan. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Membaca, menonton TV atau wayang, dan layarilah Internet bersama-sama. Bersenam atau bersukan sebagai sebuah keluarga. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatn bersama-sama anak-anak anda.                  
                 
Bantu Anak Remaja Mendapatkan Keyakinan Diri.
Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri. Pujilah mereka atas tugas-tugas yang mereka selesaikan dengan baik, galakkan perkara-perkara positif dan tekankan perkara-perkara yang dilakukan dengan baik oleh anak-anak anda. Jika mereka ketinggalan atau cuai, cadangkan cara-cara untuk memperbaiki diri; jangan mengkritik. Kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik, bukannya ketakutan atau keaiban.                 

Galakkan Anak-Anak Remaja Anda Untuk Melibatkan Diri Dalam Aktiviti-aktiviti yang Menyeronokkan, Selamat dan Memuaskan.
 Bantulah anak-anak anda mengenalpasti kelebihan, bakat dan minat mereka dan untuk mencari peluang di mana perkara-perkara ini boleh dikembangkan. Galakkan mereka melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela dalam komuniti anda, menjadi ahli kumpulan belia, atau turut serta dalam aktiviti kesenian atau sukan. Ini akan membuatkan mereka merasa satu pencapaian, menghubugnkan mereka dengan kawan-kawan yang positif dan pemimpin-pemimpin di kalangan orang dewasa, dan juga memenuhkan jadual harian mereka.

Bantu Anak Remaja Belasan Tahun Anda Menetapkan Matlamat Dan Memahami Bahawa Mereka Mempunyai Pilihan Untuk Menentukan Masa Depan Mereka
Bantu anak-anak memahami bagaimana pilihan yang mereka buat sekarang boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan mereka. Perkenalkan mereka dengan mereka yang berjaya di komuniti anda yang boleh menerangkan apa yang perlu dilakukan untukberjaya. Remaja yang mempunyai matlamat jangka panjang dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berkemungkinan untuk merosakkan masa depan mereka dengan melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak sihat.

Beritahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Sangat Menghargai Pendidikan.
Libatkanlah diri dalam pendidikan anak-anak anda dan biarkan mereka tahu bahawa ia sangat penting bagi anda. Ternagkan kepada mereka bagaimana pelajaran akan membantu mereka pada masa hadapan dan mengapa penting bagi mereka untuk mengambil serius perkara ini sekarang. Kegagalan dalam pelajaran biasanya adalah tanda-tanda masalah lain. Jika anda mendapati pelajarannya merosot, berbincanglah dengan mereka dan dengan guru-gurunya dengan segera.

Libatkan Diri Dengan Sekolah Anak-anak Anda.
Ibu bapa sering berhubungan dengan sekolah anak-anak semasa mereka di sekolah rendah, tetapi mula menjauh apabila mereka semakin membesar. Cubalah terus libatkan diri sehingga sekolah menengah. Beri perhatian kepada kelas-kelas yang diambil oleh anak-anak anda dan kerja rumah yang mereka bawa balik. Jadi ahli Persatuan Ibu Bapa atau organisasi lain. Tawarkan diri untuk menjadi tutor, mentor atau penceramah jemputan. Berjumpa dengan pengetua, guru-guru, kaunselor dan jurulatih mereka. Hadirilah majlis-majlis, pameran, drama, pancaragam, nyanyian dan sukan yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Jika anda tidak menghadirinya, anak-anak anda adalah orang yang pertama menyedarinya.

Tahu Di Mana Anak Anda Berada Dan Apa Yang Mereka Lakukan.
Buat peraturan yang jelas bagi anak-anak anda mengenai apa yang boleh mereka lakukan dan dengan siapa mereka boleh meluangkan masa, dan terangkanlah kepada mereka mengapa peraturan-peraturan ini penting. Tetapkan masa di mana mereka mesti balik dan jangan benarkan mereka menghadiri parti tanpa ditemani orang dewasa. Berusahalah lebih sedikit untuk mengetahu di mana anak-anak anda berada pada hari minggu dan selepas waktu sekolah, memandangkan waktu-waktu tersebut adalah “zon bahaya”, di mana anak-anak muda yang tidak dikawal mungkin berpeluang untuk menyalahgunakan dadah, melakukan jenayah dan terlibat dalam perbuatan-perbuatan berisiko yang lain. Matlamatnya adalah untuk menjadi seorang ibu bapa yang berwaspada tanpa terlalu memaksa. Ingat, dengan mengetahu di mana anak-anak anda berada dan apa yang mereka lakukan tidak bermakna anda suka membebel; ini bermakna anda seorang ibu atau bapa yang prihatin.

Kenali Siapa Kawan-Kawan Anak Anda dan Keluarga Mereka.
Rakan-rakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap satu sama lain, oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengenali siapa kawan-kawan anak-anak anda dan ibu bapa mereka. Kebanyakan tekanan rakan sebaya adalah positif. Galakkan anak-anak remaja anda untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan yang positif dan sihat. Jemput mereka datang ke rumah dan berbual-buallah dengan mereka secara terbuka.

Berbincang Dengan Anak-Anak Anda Dari Awal Dan Dengan Kerap Mengenai Tekanan Semasa Membesar Dan Risiko Yang Mereka Akan Hadapi: Seks, Dadah, Alkohol, Rokok Dan Keganasan.
Walaupun ia agak sukar untuk memulakan perbualan menganai perkara ini, mulakannya apabila anak-anak anda ingin tahu dan mula bertanyakan soalan. Jelaskan kepada mereka bahawa setiap orang berasa terluka, takut, marah dan ragu-ragu, dan berbincang dengan mereka mengenai cara-cara yang betul untuk menangani emosi seperti ini. Pastikan bahawa anak-anak anda tahu bahaya rokok, dadah, alcohol dan seks. Komunikasi yang kerap mengenai isu-isu seperti ini patut bermula sejak mereka kecil lagi dan berterusan hingga mereka remaja kerana soalan-soalan dan situasi terus berubah mengikut masa. Tentulah, dengan remaja belasan tahun terutamanya, anda mungkin harus mengambil inisiatif untuk terus berkomunikasi. Binalah satu dialog dua hala dengan menjawab dengan hormat setiap soalan atau topik dengan teliti. Bercakap dengan mereka, bukannya kepada mereka.

Terangkan Dengan Jelas Nilai-Nilai Dan Kelakuan-kelakuan Yang Anda Harapkan.
Berkomunikasi dengan anak-anak mengenai isu-isu yang sukar adalah lebih berjaya apabila anda, sebagai seorang ibu atau bapa, jelas mengenai perasaan anda sendiri. Dengan bersikap terbuka dan jujur, anda boleh meluahkan nilai-nilai yang anda harapkan dengan cara yang menunjukkan keprihatinan. Kebanyakan ibu bapa bimbang dilihat sebagai seorang yang hipokrit, terutamanya jika mereka sendiri terlibat dalam perkara-perkara kurang sihat semasa mereka remaja, tetapi sekarang mereka mendesak anak-anak mereka untuk mengambil jalan lain. Kebanyakan remaja mempunyai “radar hipokrit” yang baik. Mereka biasanya cukup sofistikated untuk menyedari bahawa dalam dunia moden yang penuh dengan bahaya seperti AIDS, senjata automatik dan bahaya-bahaya lain, standard yang baru adalah perlu.

Jadilah Contoh Yang Baik.
Jadilah contoh harian yang terbaik berkaitan dengan nilai-nilai dan standard yang anda harapkan. Tunjukkan kasih sayang, kejujuran, disiplin dan keterbukaan yang anda harapkan daripada anak-anak anda. Jika anda menyalahgunakan dadah atau alcohol, sedarlah bahawa anak-anak anda sedang memerhatikan dan apa yang mereka lihat mungkin akan merosakkan niat baik anda untuk menghalang mereka dari menyalahgunakan bahan-bahan ini. Jangan merokok atau membenarkan sesiapa merokok di dalam rumah. Tunjukkan contoh seseorang yang tidak menggunakan keganasan. Jika anda mahu anak-anak muda menolak keganasan, anda perlulah menunjukkan cara-caranya. Ibu atau bapa yang mempunyai teman lelaki atau wanita harus tahu bahawa anak-anak mereka melihat apa yang mereka lakukan, bukan setakat mendengar apa yang mereka perkatakan.

Beri Perhatian Kepada Anak-Anak Sebelum Mereka Mendapat Masalah.
Program-program sokongan bagi remaja yang bermasalah adalah baik, tetapi semua kanak-kanak dan remaja dapat memperolehi kebaikan daripada galakan, perhatian dan sokongan. Jangan memfokuskan perhatian kepada mereka hanya apabila ada masalah. Biarkan anak-anak anda tahu bahawa anda berbangga dengan mereka, walaupun kadang kala ia kelihatan seperti bukannya satu perkara yang besar.

Perhatikan Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Anak-Anak Remaja Anda Memerlukan Bantuan.
Perhatikan tanda-tanda penyalahgunaan dadah dan alcohol, kegagalan dalam pelajaran, kemurungan dan keganasan. Berikut adalah beberapa klu yang boleh anda perhatikan: banyak masa diluangkan bersendirian dan mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan, perubahan yang mendadak dalam prestasi di sekolah, perubahan kelakuan dan pertukaran emosi yang drastic, tidak berminat mempunyai hobi atau beraktivi social atau rekreasi, dan perubahan pilihan rakan-rakan atau mengasingkan diri daripada kawan-kawan lama. Jangan takut untuk masuk campur dan mendapatkan bantuan dari luar. Kebanyakan komuniti mempunyai sumber-sumber bagi membantu ibu bapa membantu anak-anak mereka.

Jadikan Rumah Anda Selamat Dan Ajar Anak Anda Kepentingan Keselamatan.
Jika anda mempunyai senjata, pastikan ia sentiasa dikunci. Jangan bawa masuk dadah harap ke rumah, dan sentiasa kuncikan kabinet minuman keras. Jangan merokok berdekatan anak-anak anda atau membenarkan orang lain berbuat demikian. Pastikan anak-anak remaja anda memakai talipinggang keledar, belajar memandu dari sekolah memandu yang baik, dan tahu mengenai bahaya minum dan memandu.

Tahu Apa Yang Ditonton, Dibaca dan Didengar Oleh Anak-anak Anda.
Adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menapis bahan-bahan yang sampai kepada anak-anak anda. Remaja pun memerlukan panduan untuk menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan. Tontonlah televisyen atau dengar muzik bersama anak-anak anda dan Bantu mereka memahami perbezaan antara kehidupan sebenar dan apa yang digambarkan dalam media. Carilah masa yang sesuai untuk mengajar; karakter dan cerita yang digambarkan dalam media sering memberikan peluang untuk berbual mengenai isu-isu yang melibatkan anda dan anak-anak anda.

Libatkan Diri Dalam Komuniti Anda.
Ibu bapa boleh membuat perubahan dalam kehidupan anak-anak mereka, tetapi ibu bapa tidak boleh menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah melibatkan diri dalam mengubah persekitaran di mana anak-anak mereka menghadapi cabaran dan pilihan-pilihan yang sukar. Lebih banyak sokongan yang diberikan oleh masyarakat terhadap perkembangan positif remaja, lebih mudah bagi anda menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa. galakkan pihak sekolah dan organisasi-organisasi lain untuk mengendalikan dan menjalankan kampus-kampus yang bebas rokok dan bebas dadah. Sokonglah penubuhan tempat-tempat rekreasi yang mesra remaja dan selamat daripada dadah, alcohol dan rokok. Ambil bahagian dalam organisasi-organisasi komuniti yang mempromosikan polisi untuk membantu kanak-kanak dan remaja, seperti menghalang penjualan rokok kepada kanak-kanak atau mengurangkan keganasan dalam masyarakat. Pergilah kedai-kedai yang mempromosikan pilihan-pilihan yang sihat bagi remaja. Bantulah remaja lain dalam masyarakat anda dengan menjadi mentor mereka atau mengambil remaja bekerja di tempat kerja anda. Libatkan diri dengan kumpulan belia di tempat anda atau di pusat komuniti setempat.

by National Parent Information Network

INFO PENTING: ROKOK DAN ALKOHOL

Pada hari ini cikgu nak kongsikan artikel berkaitan dadah dan rokok yang dimana rokok rupa-rupanya antara yang duduk dalam kelompok 10 teratas dadah paling merbahaya. Semoga artikel ini boleh memberikan kita sedikit semangat dalam menjauhkan rokok.
Tak sangka aku pula dan dengan terkejutnya aku bila terbaca satu artikel dari laman blog Dr. Ben Kim yang menyatakan bahawa mengikut kajian, tembakau dan alkohol adalah di nilai sebagai lebih merbahaya berbanding ecstacy dan marijuana.
Dan antara 10 dadah yang dimaksudkan itu adalah (mengikut turutan bahaya dari bawah ke atas);
  1. Heroin - sering juga kita dengar dengan nama smag,skug dan junk.
  2. Kokain – sering juga di dengar dengan istilah snow,flakes,coke dan blow
  3. Barbiturat
  4. Street Methadone
  5. Alkohol
  6. Ketamin – halusinasi yang kuat. Juga digelar Special K.
  7. Benzodiazepin – keluarga dadah sedatif.
  8. Amfetamin
  9. Tembakau
  10. Buprenorphin
Mengapa dadah dalam golongan 10 ini di klasifikasikan sebagai yang paling merbahaya? Ini adalah kerana di atas beberapa faktor yang antaranya;
  • Boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan gangguan mental kepada penggunanya.
  • Potensi ketagihan yang tinggi dan sukar untuk dibendung.
  • Kesan dadah itu sendiri terhadap masyarakat
  • Kesukaran dalam mengurangkan ketagihan
Adalah di anggarkan bahawa tembakau adalah 40% penyebab kebanyakkan semua penyakit hospital, manakala alkohol yang terlibat dalam lebih daripada 50% daripada semua rawatan kecemasan hospital. Memandangkan statistik ini, mengapa alkohol dan tembakau adalah sah di sisi undang-undang untuk menggunakan dalam polisi dadah semasa untuk Britain,Amerika Syarikat dan termasuk juga jualan rokok dan minuman alkohol dalam pasaran Malaysia serta dijual pula secara terbuka.
Dari segi potensi keseluruhan untuk menyebabkan kemudaratan, jika rokok dan alkohol di ambil dengan kerap, ia boleh dikategori sebagai kesan yang sama seperti mengambil dadah yang  lain seperti kokain dan heroin. Akhir kata, jauhi rokok dan alkohol. Kepada anda yang sememangnya perokok, Marilah sama-sama cuba kuatkan semangat untuk berhenti merokok sebelum terlambat.
 
 

STATISTIK

Email Footer #2

PASTINYA LEBIH MENARIK DISINI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POSTER DADAH & ROKOK