Monday, July 23, 2012

NAFAS SEGAR DI BULAN RAMADAN....KATAKAN TAK NAK MEROKOK

 Salam Ramadan dan Salam Keberkatan di bulan yang mulia ini....

Bertemu kita di post kali ini, cikgu ingin menceritakan serba sedikit tentang  nafas baru dan segar di bulan ramadan. Adakah anda semua tahu tentang ROKOK?....JANGAN BUAT TAK TAHU PULAK? semua orang tahu dan ada di kalangan kita tidak boleh hidup tanpa rokok macam pasangan kekasih lah pulak....adoi....ITULAH ROKOK.....Rokok? Perkataan yang menjadi kegemaran dan menjadi musuh pada sebilangan manusia. Ada juga manusia suka bersahabat dengannya, bagai aur dengan tebing...begitulah sukar untuk memisahkan pasangan insan dengan sang kekasihnya, si rokok durjana. Insan punya akal menimbang yang baik dan buruk, jauh sekali haiwan yang tidak punya akal untuk menilai sesuatu...jangan biar diri dipergunakan angkara makhluk yang berbatang-batang itu.Sedangkan di kotak rokok sendiri sudah memberitahu tentang bahaya merokok dan penyakit akibat ketagihan merokok. INSAFLAH....SEBELUM TERLAMBAT.INGATLAH ORANG TERSAYANG SEBELUM ANDA MEROKOK.

Ramadhan mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk kemungkaran, harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Jika kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan, bermakna kita juga mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain. Semua pada diri...jika berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti semua sudah sedia maklum merokok adalah HARAM. Tetapi kesedaran belum terbit dari hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.

Justeru, saranan akhir berhentilah membunuh diri anda dan berhentilah daripada membakar wang sesuka hati sekalipun anda seorang jutawan ...simpan duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedekah jariah di bulan ramadan ini ada kebaikannya.
PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok. Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan 'Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok'.






No comments:

Post a Comment

STATISTIK

Email Footer #2

PASTINYA LEBIH MENARIK DISINI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POSTER DADAH & ROKOK