Salam Ramadan dan Salam Keberkatan di bulan yang mulia ini....
Bertemu kita di post kali ini, cikgu ingin menceritakan serba sedikit tentang nafas baru dan segar di bulan ramadan. Adakah anda semua tahu tentang ROKOK?....JANGAN BUAT TAK TAHU PULAK? semua orang tahu dan ada di kalangan kita tidak boleh hidup tanpa rokok macam pasangan kekasih lah pulak....adoi....ITULAH ROKOK.....Rokok?
Perkataan yang menjadi kegemaran dan menjadi musuh pada sebilangan
manusia. Ada juga manusia suka bersahabat dengannya, bagai aur dengan
tebing...begitulah sukar untuk memisahkan pasangan insan dengan sang
kekasihnya, si rokok durjana. Insan punya akal menimbang yang baik dan
buruk, jauh sekali haiwan yang tidak punya akal untuk menilai
sesuatu...jangan biar diri dipergunakan angkara makhluk yang
berbatang-batang itu.Sedangkan di kotak rokok sendiri sudah memberitahu tentang bahaya merokok dan penyakit akibat ketagihan merokok. INSAFLAH....SEBELUM TERLAMBAT.INGATLAH ORANG TERSAYANG SEBELUM ANDA MEROKOK.
Ramadhan
mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk kemungkaran,
harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Jika
kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan, bermakna kita juga
mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain. Semua pada diri...jika
berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti semua sudah sedia
maklum merokok adalah HARAM. Tetapi kesedaran belum terbit dari
hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.
Justeru,
saranan akhir berhentilah membunuh diri anda dan berhentilah daripada
membakar wang sesuka hati sekalipun anda seorang jutawan ...simpan
duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedekah jariah di bulan ramadan ini ada kebaikannya.
PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu
mereka berupaya mengawal diri daripada merokok. Justeru itu,
Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti
merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan
'Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok'.