Friday, April 26, 2013

POSTER MEWARNA TERBARU PPDa

Selamat Pagi semua,
 Pagi yang indah ini saya ingin menjadi proaktif. saya berasa bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif melakukan sesuatu. Saya yang memilih setiap tindakan, sikap dan perasaan saya sendiri . Walau apapunyang terjadi kepada saya, saya tidak menyalahkan orang lain. Saya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan tanpa disuruh, walaupun tiada siapa yang melihat. Itulah perkara pertama untuk tabiat menjadi orang yang amat efektif dan berkesan. So, kali ini saya ingin berkongsi karya saya poster mewarna terbaru PPDa.




Kawan-kawan boleh copy hasil karya saya. tapi sudi-sudilah tinggalkan komen dan pandangan supaya saya dapat memperbaiki hasil karya saya di masa akan datang. TQ.
salam sayang...cg.era.

JOM KITA LIHAT AKTIVITI PENGAWAS PPDa.....

Salam kembali...
kali ini kita lihat apa aktiviti yang dilakukan oleh pengawas-pengawas PPDa kita sepanjang bulan Januari hingga April 2013.Inilah tugas pengawas PPDa kita disebalik tabir dalam menjayakan program PPDa di sekolah. Tugas memimpin pengawas PPDa bukanlah perkara mudah dan perlunya kerjasama dari semua pihak. Apa yang penting kita menampilkan yang terbaik dalam diri pengawas PPDa supaya menjadi role model kepada murid. Dibawah ini , cikgu sertakan gambar aktiviti yang dilakukan oleh pengawas PPDa sekolah. Jom kita terjah......

  1. Pengawas PPDa mengecop buku dan menyemak buku bacaan untuk diletakkan di pondok PPDa

2. Semua pengawas PPDa membuat Model Pokok PPDa dengan meletakkan Kata-kata  tentang Bahaya Dadah dan Rokok.

3. Mereka laminating semua bahan-bahan PPDa untuk Pameran Sempena Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

4. Mereka membuat segala persiapan untuk Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

5. Pengawas PPDa Tahun 4 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk Pantun Dadah

6. Pengawas PPDa tahun 6 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk "HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH".

7. Pengawas PPDa yang dipilih untuk membacakan IKRAR ANTIDADAH sempena Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

8. Pengawas PPDa tahun 6 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk "CIRI-CIRI PENAGIH DADAH". 

Semua ini adalah sebahagian yang dilaksanakan oleh pengawas PPDa sepanjang bulan Januari hingga April. ada banyak lagi gambar aktiviti mereka. Nanti cikgu akan buat dalam bentuk video yea. Sambungan post akan datang , cikgu akan bercerita tentang sepanjang program MINGGU PENCEGAHAN DADAH DAN ROKOK DENGAN TEMA" PERANGI DADAH DAN ROKOK HABIS-HABISAN".JUMPA LAGI.....SEMOGA PENGAWAS PPDA JADI LEBIH PROAKTIF.INILAH YANG SELALU CIKGU DIDIK 7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN.CIKGU SAYANG KAMU SEMUA....:)

Tuesday, April 23, 2013

TEMUDUGA PENGAWAS PPDa


SOALAN TEMUDUGA UNTUK PENGAWAS PPDa
BAHAGIAN A: (PERSONALITI   INDIVIDU : GURU MELIHAT MELALUI TINGKAH LAKU DAN CARA KOMUNIKASI INDIVIDU TERSEBUT
  1.  Ceritakan tentang diri anda.
  2.   Apa hobi anda pada waktu lapang.
  3.     Apakah cita-cita bila dewasa nanti.



BAHAGIAN B : ( SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN  PPDa)
  1.    Mengapa anda berminat untuk menjadi pengawas PPDa sekolah?
  2. Jika anda dilantik menjadi pengawas PPDa sekolah, apakah sumbangan anda?
  3.    Nyatakan VISI PPDa  Sekolah.
  4.  Nyatakan MISI PPDa Sekolah.
  5.   Nyatakan tugas-tugas pengawas PPDa Sekolah.
  6.  Siapakah guru penyelaras PPDa Sekolah.



STATISTIK

Email Footer #2

PASTINYA LEBIH MENARIK DISINI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POSTER DADAH & ROKOK