Friday, April 26, 2013

POSTER MEWARNA TERBARU PPDa

Selamat Pagi semua,
 Pagi yang indah ini saya ingin menjadi proaktif. saya berasa bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif melakukan sesuatu. Saya yang memilih setiap tindakan, sikap dan perasaan saya sendiri . Walau apapunyang terjadi kepada saya, saya tidak menyalahkan orang lain. Saya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan tanpa disuruh, walaupun tiada siapa yang melihat. Itulah perkara pertama untuk tabiat menjadi orang yang amat efektif dan berkesan. So, kali ini saya ingin berkongsi karya saya poster mewarna terbaru PPDa.




Kawan-kawan boleh copy hasil karya saya. tapi sudi-sudilah tinggalkan komen dan pandangan supaya saya dapat memperbaiki hasil karya saya di masa akan datang. TQ.
salam sayang...cg.era.

JOM KITA LIHAT AKTIVITI PENGAWAS PPDa.....

Salam kembali...
kali ini kita lihat apa aktiviti yang dilakukan oleh pengawas-pengawas PPDa kita sepanjang bulan Januari hingga April 2013.Inilah tugas pengawas PPDa kita disebalik tabir dalam menjayakan program PPDa di sekolah. Tugas memimpin pengawas PPDa bukanlah perkara mudah dan perlunya kerjasama dari semua pihak. Apa yang penting kita menampilkan yang terbaik dalam diri pengawas PPDa supaya menjadi role model kepada murid. Dibawah ini , cikgu sertakan gambar aktiviti yang dilakukan oleh pengawas PPDa sekolah. Jom kita terjah......

  1. Pengawas PPDa mengecop buku dan menyemak buku bacaan untuk diletakkan di pondok PPDa

2. Semua pengawas PPDa membuat Model Pokok PPDa dengan meletakkan Kata-kata  tentang Bahaya Dadah dan Rokok.

3. Mereka laminating semua bahan-bahan PPDa untuk Pameran Sempena Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

4. Mereka membuat segala persiapan untuk Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

5. Pengawas PPDa Tahun 4 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk Pantun Dadah

6. Pengawas PPDa tahun 6 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk "HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH".

7. Pengawas PPDa yang dipilih untuk membacakan IKRAR ANTIDADAH sempena Minggu Pencegahan Dadah dan Rokok.

8. Pengawas PPDa tahun 6 sedang berlatih untuk Persembahan Program 5 Minit PPDa  dengan tajuk "CIRI-CIRI PENAGIH DADAH". 

Semua ini adalah sebahagian yang dilaksanakan oleh pengawas PPDa sepanjang bulan Januari hingga April. ada banyak lagi gambar aktiviti mereka. Nanti cikgu akan buat dalam bentuk video yea. Sambungan post akan datang , cikgu akan bercerita tentang sepanjang program MINGGU PENCEGAHAN DADAH DAN ROKOK DENGAN TEMA" PERANGI DADAH DAN ROKOK HABIS-HABISAN".JUMPA LAGI.....SEMOGA PENGAWAS PPDA JADI LEBIH PROAKTIF.INILAH YANG SELALU CIKGU DIDIK 7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN.CIKGU SAYANG KAMU SEMUA....:)

Tuesday, April 23, 2013

TEMUDUGA PENGAWAS PPDa


SOALAN TEMUDUGA UNTUK PENGAWAS PPDa
BAHAGIAN A: (PERSONALITI   INDIVIDU : GURU MELIHAT MELALUI TINGKAH LAKU DAN CARA KOMUNIKASI INDIVIDU TERSEBUT
  1.  Ceritakan tentang diri anda.
  2.   Apa hobi anda pada waktu lapang.
  3.     Apakah cita-cita bila dewasa nanti.



BAHAGIAN B : ( SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN  PPDa)
  1.    Mengapa anda berminat untuk menjadi pengawas PPDa sekolah?
  2. Jika anda dilantik menjadi pengawas PPDa sekolah, apakah sumbangan anda?
  3.    Nyatakan VISI PPDa  Sekolah.
  4.  Nyatakan MISI PPDa Sekolah.
  5.   Nyatakan tugas-tugas pengawas PPDa Sekolah.
  6.  Siapakah guru penyelaras PPDa Sekolah.



Sunday, March 31, 2013

Anak Anda Harus Mengetahui Betapa Bahayanya Merokok






ANAK-ANAK mulai merokok walau ada begitu banyak informasi dan data statistik yang mengharuskannya tidak boleh merokok. Adalah tanggung jawab orang tua, pendidik, guru, dan pembimbing untuk membantu mereka memahami  betapa bahayanya merokok.
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), setiap hari, 3.600 anak-anak usia 12-17 mulai merokok. Sejumlah 90 persen perokok dewasa, anaknya cenderung merokok, seperti diungkap American Academy of Child dan Adolescent Psychiatry (AACAP). Tentu fakta mengejutkan dan menuntut keprihatinan kita.
Berikut tip dan langkah-langkah untuk membantu Anda memberikan pemahaman tantang bahaya rokok pada anak-anak, seperti dinyatakan dalam Modernmom.

Bicara lebih awal dan selalu.
Anak-anak dapat memahami gagasan bahwa sesuatu itu buruk untuk kesihatannya. Jadi, tekankan bahaya merokok. Menurut penelitian CDC, beberapa faktor utama penggunaan tembakau pada remaja, termasuk status sosial ekonomi rendah, rendahnya tingkat prestasi akademik, citra diri rendah, dan pergaulan.

Cara paling efektif mencegah anak-anak dari merokok adalah berikan kekuatan pada mereka dengan pujian, bahwa ia adalah anak yang cantik, kuat, berbakat, dan cerdas. Menanamkan citra diri positif positif mengingatkan potensi mereka dan semua yang mereka dapat, jika memilih untuk tidak merokok.

Terbuka
Jangan menutup-nutupi bahaya rokok. Menurut CDC, bahaya rokok menyerang kesehatan anak, baik langsung maupun jangka panjang. Semakin dini merokok, semakin tinggi risiko terhadap kanker paru-paru, penyakit jantung, dan gangguan kesehatan lain. Merokok juga membuat anak-anak kurang sehat secara fisik, mengurangi kekebalan, dan meningkatkan penyakit pernapasan.
American Cancer Society memperkirakan, sepertiga dari lebih 3000 anak-anak yang mulai merokok setiap hari akan mati karena penyakit berkaitan dengan rokok. Berikan fakta tentang kesan ketagihan nikotin dan data statistik sehingga mereka tahu, ini bukan peraturan Anda untuk melarangnya dengan mudah.

Dengarkan bicara anak-anak dan masalahnya
Sebuah artikel oleh Dr Steven Dowshen, MD, seorang pediatric endocrinologist dan kepala editor situs medis KidsHealth menyarankan, tanyakan pada anak-anak apa yang menarik atau tidak menarik bagi mereka tentang rokok. Cari tahu bagaimana perasaan mereka tentang merokok dan bagaimana mereka memahaminya.
Apakah media gambar memengaruhi pilihan mereka? Apakah ada sesuatu yang mereka ketahui atau ingin dibicarakan? Pastikan Anda benar-benar mendengarkan perkataan mereka. Dengan begitu, Anda dapat menemukan cara mengatasi masalah bersama sejak dulu lagi. Perlu diingat, hindari leteran seperti kuliah atau mengomel.

Tunjukkan kesan merokok, bukan hanya berhenti pada fakta
Langkah ini dapat dilakukan dengan menunjukkan foto penderita kanser dalam buku, dokumentasi, hospital, pameran, atau orang yang Anda kenal sedang menderita penyakit akibat rokok. Tunjukkan perbezaan paru-paru sihat dan paru-paru tidak sihat pada perokok.

Berikan contoh positif dalam kehidupan nyata
Meskipun media sering menggambarkan selebriti sebagai perokok, tapi ada atlet, artis, penulis, ataupun kaum profesional yang berjaya tanpa merokok. Gunakan mereka sebagai role model, motivasi, dan contoh untuk menunjukkan pada anak-anak bahwa mereka boleh populer dan berjaya tanpa merokok.
 
Ajak mereka bicara dengan perokok
Jika Anda mengenal seseorang yang merupakan perokok berat dan yang telah mencuba  berhenti, minta mereka untuk bicara dengan anak Anda. Dengan itu, Anda dapat mendorong anak-anak untuk bertanya langsung apa yang ingin diketahui dari bahaya dan susahnya berhenti merokok.

Beritahu tentang bahaya lain seperti pencemaran lingkungan, asap sekunder, dan penampilan cepat tua
Asap sekunder memengaruhi anak kecil, bayi, janin, bahkan haiwan peliharaan. Anda juga dapat berbicara dengan anak-anak tentang mahalnya harga rokok dan berapa wang yang mereka habiskan untuk rokok selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun. AACAP menekankan kesan  jangka pendek merokok, meliputi bau mulut, pakaian bau, kuku menguning, dan sesak napas.
(ftr)
 Sumber: Fitri Yulianti – Okezone

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG ROKOK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixmfJfhNxGI00khZGaXtnbt6z4QiYYuZJSiIPlr4BPSTEjJaS2y5POXSu6UYLWTYNDfUXF64heHli9opek_T7_ZzNyptFyn64cAE44s4lcY0flJD066FKqP5GxGZs7mbKxLrRI08GYfoI/s640/485844_310327325711503_1567809761_n.jpg

 



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3VnQ2IkV96Q7cbkLd6KXJNTR_SkNW4Gt4zYD0EdHXWrKzADfjQJGAR2D4J8oATSzuyvrBF-zXKo8JQCeikxZ23TFmOGoBjdai_k-p0CyhTfeWScYswgmIo1SuZgrfWPUqfXw_kaWKS4Q/s1600/rokok.bmp 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjly-e_axQa3Xpk1U64F7-BhbvlBfYJQLN8h64AqSkjibnY2LYUm1c9tHIia_gGa9D6AF_mcqVLDRnrEqiE0qv2OGrDHHzBUR2cXEuKmIJiJtNFoK8WDVhYX8k8UEn0-k5wNnA-4wxRPL2l/s1600/Rokok.jpg 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNK663bP4sTzG54BCSBVOlR1KGQxViBvdeBybRKuNOYehFIRkX4gG70FJKzAnC79xStvsppInd7x-HOT9bTQJQ0QlAl8kFGKVzjTXUacuAIpbBUiCPlBkHnZv9QKVHEB6yKy68iT_vNo9Z/s1600/FD7377EB.jpg

Wednesday, February 27, 2013

KATA-KATA MUTIARA (DADAH & MENGHARGAI KEHIDUPAN


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiauCpRfKPXbdRyo8EWWGbJcgcgwjRI7yXB12QQO8-gI2CcCZwseDcccGeJPY9qkhsaQ1v38Hw1DwRsAvj7e3J7_ZCFbCWTyoqZP0ZI95HA5oN86nkIgaLWSCTWqu652GvwiEvjPcDACHwf/s1600/Indahnya+kehidupan.jpg

Dadah adalah merbahaya
Di dalam hidup manusia
Yang merosakkan hidup kita
Menjerumuskan ke neraka

Denganmu dadah apa gunanya
Hanya meragut nyawa manusia
Denganmu dadah tiada gunanya
Hanya mencemarkan maruah bangsa

Dadah tak dapat dihindari
Andai tiada keinsafan diri
Ia tak dapat dijauhi
Andai tiada jati dalam diri

Walau apapun caranya jua
Engkau mencuba membenterasnya
Tanpa peranan dari semua
Dadah kan tetap bermaharajalela

Jika tidak bersama membenterasnya

Bagi beberapa orang, berfikiran negatif merupakan satu kebiasaan. Seiring dengan waktu yang berlalu ia akan berubah menjadi satu tabiat. Seperti penyakit ketagihan arak dan dadah. Ramai orang yang menderita akibat penyakit ini kerana tabiat negatif terhadap jiwa, tubuh, dan perasaan. Begitulah kalau sesuatu itu sudah menjadi satu kebiasaan.(Peter McWilliams)
Don't do drugs because if you do drugs you'll go to prison, and drugs are really expensive in prison.  ~John Hardwick
  
Drugs are very much a part of professional sports today, but when you think about it, golf is the only sport where the players aren't penalized for being on grass.  ~Bob Hope
 Drugs may be the road to nowhere, but at least they're the scenic route.  ~Author Unknown
  
Drugs are a bet with your mind.
 Drugs are a waste of time. They destroy your memory and your self-respect and everything that goes along with with your self esteem.

I don't need drugs to make my life tragic

 Pain does not have a moral value. Drugs do not have a moral value. Life is good... to be cherished, promoted and supported. We, as physicians, should not be moralizing about pain or its treatments.

 "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan." 

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

 "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga." 

BAHAN-BAHAN KUIZ DADAH DAN ROKOK


SOALAN KUIZ:

GAMBAR KARTUN TENTANG BAHAYA ROKOK















STATISTIK

Email Footer #2

PASTINYA LEBIH MENARIK DISINI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POSTER DADAH & ROKOK