Mengapa merokok adik-adik?
Nampak lebih dewasa ...........
Matang..........
Dapat menenangkan fikiran.......
Mencari ilham...........
Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokokk kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. Kepada para remaja yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri. ANDA SEPATUTNYA BERASA MALU!!!
Remaja cenderung memiliki rasa ingin tahu yang tinggi. Hasil kajian telah menunjukkan bahwa pelajar lebih kemungkinan untuk merokok daripada orang dewasa. Ini berdasarkan hasil kajian terbaru mengatakan bahawa remaja yang merokok setiap tahun semakin meningkat. Pada umumnya mereka mengaku sudah mulai merokok antara usia 9 hingga 12 tahun.
Saat ini terdapat 1.100 juta penghisap rokok di dunia yang 45% masih pelajar. Tahun 2025 diperkirakan akan bertambah hingga mencapai 1.640 juta remaja. Setiap tahunnya, diperkirakan 4 juta orang meninggal dunia karena kasus yang berhubungan dengan tembakau. Berdasarkan laporan Badan Kesihatan Dunia (WHO) tahun 1999, sekitar 250 juta anak-anak di dunia akan meninggal kerana tembakau apabila kesan tembakau tidak dihentikan secepatnya.
Kebiasaan merokok bagi para pelajar bermula kerana kurangnya informasi dan kesalahpahaman informasi, termakan iklan atau termakan pujuk rayu teman.Sehingga tanpa mereka sedari racun berlahan menggerogoti tubuhnya. Bahaya merokok bagi pelajar diantaranya dapat meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung di usia yang masih muda. Selain itu kesihatan kulit tiga kali lipat lebih beresiko terdapat kedutan di sekitar mata dan mulut. kulit akan mengalami penuaan pada usia muda.
Dari segi reproduksi, merokok di usia dini boleh menyebabkan impotensi dan mengurangi jumlah sperma pada lelaki dan mengurangi tingkat kesuburan pada wanita. Jangan menganggap merokok boleh membantu menghilangkan stress ketika peperiksaan. Bukti perubatan telah menunjukkan bahwa merokok tidak menenangkan. Ini hanya memberi kesan sementara, nikotina yang memberikan rasa tenang sesaat. Setelah tenang sekejap selepas merokok, stress akan kembali lagi.
Tetapi jika kamu sudah merokok, carilah waktu untuk berhenti secepatnya dari kebiasaan buruk itu. Ingat semua kesan buruk datangnya dari rokok kerana bahaya merokok memberi kesan yang lebih buruk.
Mulai belajar hidup sihat dan teratur. Setahap demi setahap hilangkan kebiasaan buruk yang boleh menimbulkan bahaya kesihatan yang kronik. Siapa kata hidup sihat itu susah? HIDUP TANPA ROKOK BERERTI HIDUP TANPA RACUN.